Latest News

Renungkan lah wahai anak-anak

Gambar hiasan.
Aku terbaca kisah ni di facebook..Terasa begitu kepayahan ibu bapa untuk mencari sesuap nasi dan untuk ingin memenuhi hasrat anaknya. Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk,kita lupa kita telah menyusahkan ibu bapa kita..

Anak-anak baca ya..semoga menjadi ikhtibar dan renungan bersama...

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya dan bertanya..."Pakcik, laptop..."dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa -aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus, mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang ini pun sesuai, Samsung - harga seribu seratus lebih sahaja...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya nak, duit tak berapa nak ada lagi ni..." Akhirnya pakcik tadi pergi dengan suatu perasaan yang agak berat. p/s renungkan jika diri kita adalah pakcik itu

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya -perempuan. Pakcik tersebut terus bertanya,  "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru -harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke nak?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang Acer nie tak boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang Acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya selamba. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" -"Cukup, Terima Kasih ya pakcik...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya -penuh harapan. Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu bagaimana sesusahan ayahnya, hanya tahu meminta itu dan ini. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin... KONGSIKAN sebagai tanda sayang kita pada ayah ibu...anak zaman sekarang bukan tahu ibu bapa ada wang atau tidak..mereka mahu apa yang mereka mahu je.

Ukur baju di badan sendiri. Begitulah yang boleh aku sifatkan kepada anak pakcik ini...Kalau betul hendak belajar dan tahu akan asal usul keluarganya, Pasti dia tidak berkelakuan sedemikian. Orang sebelum ayah kita pun belajar tinggi dan susah pulak tu, Tapi masih boleh menjadi seseorang, tanpa ada sedikit pun kemudahan seperti sekarang.

Niat untuk belajar itu adalah penting. Lihat keadaan mak ayah kita, samada mereka mampu atau tidak untuk menyediakan segala kemudahan tu semua.Masyallah..

Cerita dan Artikal ini di copy dari web http://www.kisahsidairy.com semoga menjadi ikhtibar bersama.

No comments:

Post a Comment

Katak Cyber Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by Josh Peterson. Powered by Blogger.