23 Okt – Syarikat-syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telah mengumumkan produk terbaru Apple, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan mula berada di pasaran tempatan bermula 6 November depan.
Dipetik daripada laporan The Star, sebelum ini Maxis Bhd. dan DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. mengumumkan mereka akan menawarkan kedua-dua produk tersebut pada 7 November, tetapi menukarnya sehari lebih awal sama seperti Celcom Axiata Bhd.
Pra-tempahan untuk kedua-dua model iPhone ini akan bermula pada 31 Oktober depan menerusi laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing.
Walaubagaimanapun harga untuk kedua-dua model iPhone ini masih lagi belum diumumkan.
iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada 19 September lalu. Ia mendapat perhatian peminat Apple yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menjadi antara yang terawal memilikinya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.maxis.com.my, www.celcom.com.my dan www.digi.com.my.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
I don’t want to see a Dracula movie where the titular character is a loving father. I don’t want to see a Dracula movie where the titu...
-
BANGI, 1 Dis – Seorang wanita kelahiran Sabah yang menetap di United Kingdom, Doris Jones nekad meneruskan usahanya untuk mengeluarkan...
No comments:
Post a Comment